Make your own free website on Tripod.com

MADZANI MENULIS (10)

 

Assalamualaikum

Adakah mahasiswa ini hanya ditafsirkan sebagai patung dan tidak wajar mengikuti perkembangan politik.Satu persoalan yang menarik sekiranya kita ikuti dengan lebih lanjut lagi. Memang benar Mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik. Namun rupanya kerajaan dan sebilangan masyarakat tidak menyedari bahawa setiap tahun proses kepolitikan ini telah diserapkan dalam diri masyarakat kampus apabilanya adanya perebutan untuk menjawat jawatan MPP di setiap kampus dan ini kelihatan politik dalam kampus. Sekiranya benar kerajaan dan masyarakat tidak mahu pelajar terlibat dalam politik wajar perkara ini dihentikan sahaja, iaitu tiada politik keseluruhannya.

Pada masa yang sama DSA menganjurkan Reformasi. Menteri Pendidikan telah memberi amaran keras kepada para mahasiswa agar tidak trerlibat dalam hal politik ini. Kerisauan mahasiswa terlibat dalam politik sebenarnya telah pun bermula sejak akta AUKU 1976 diwujudkan. Pastinya masyarakat masih ingat tentang gerakan mahasiswa yang mengugat negara [pada satu tika dahulu iaitu yang dipimpin leh DSA sendiri yang mahu Tunku meletak jawatannya sebagai PM pada masa itu dan digantikan oleh Tun Abdul Razak iaitu 'bapa' kepada Najib. Melhiat peristiwa terdahulu apabila mahasiswa telah bergabung seperti Indonesi adalah agak sukar untuk kerajaan mengatasinya. Dan tindakan utama ialah melakukan apa saja tuntutan ini kerana bilangan mahasiswa bukanlah sedikit dan mereka ini mempunyai kepakaran yang elbagai untuk mengatasi apa jua tindakan kerajaan. Oleh itu apabila meletusnya kes DSA, mahasiswa tidak percaya sepenuhnya perkaran ini kerana mereka telah diajar tentang penafsiran dan melihat kes ini secara mendalam tanpa mengikut hati rasa sahaja seperti yang didakwa oleh masyarakat dan kerajaan. Diberitakan bahawa seramai 8 orang mahasiswa telah ditangkap dan di gantung pengajian kerana menyampaikan risalah kepada masyarakat hingga menyebabkan calon Arau kalah teruk dalam proses pilihan raya. Sekiranya mereka ini telah ditangkap kerana membantu PAS iaitu parti pembangkang menang di Arau dan atas arahan kerajaan mahasiswa ditangkap. ini membuktikan bahawa masyarakat telah tidak punya peranan lagi untuk emnentukan aliran politik pada masa akan datang kerana mereka in telah dianggap patung dan wajar sahaja menjadi ulat buku seperti mana kenyataan yang diungkapkan oleh sebilangan mahasiswa dan masyarakat yang menyokong PM. Mahasiswa dikehendaki menjadi ulat sahaja, menjadi mahasiswa yang lesu sahaja dan tiada peranan kerana pada anggapan mereka mahasiswa kelak apabila keluar IPT ekan menjadi kilang untuk produk negara dan tidak akan terlibat dalam proses pentadbiran negara. Semua pandangan ini amat salah kerana kelak mahasiswa yang diminta jangan terlibat dalamn politik ini lah kelak yang akna memerintah negara (sekiranya negara ini masih mengamalkan Demokrasi). Harapnya negara ini masih Demokrasi dan melihat semua aspek dan bukan melihat dari pandangan PM sahaja seperti ahli MT UMNO dan media yangmelihat dari mata PM sahaja dan bukan dari pandangan masing-masing hinggakan kebebasan tel;ah tergugat. Kelak negara ini mungkin boleh menjadi negara 'Totalitarian'.

Sebagai masyarakat yang berilmu mahasiswa bukanlah patung sahaja dan bukan ulat buku sahaja yang kerjanya hanya melihat buku dan belajar semata. mahasiswa juga punya pemikiran yang lebih kritis dan padu. Mahasiswa boleh menjatuhkan sebuah negara. Walaupun gertakan Biasiswa akan ditarik balik ia adalah amat menyedihkan kerana biasiswa ini adalah wang rakyat dan ditujukan kepada rakyat selain diseludup masuk ke poket pemimpin negara seperti Menteri Besar Selangor yang mahu pelajarnya tidak masuk gerakan ini dan akan ditarik balik. Sekiranya dikaji MB ini lah yang cuba membaziraan wang rakyat untuk membaiki rumahnya. Rumah rakyat tak adalah sampai mencecah RM 500,000, tetapi nak baiki sahaja (membaiki sahaja) rumah MB telah menelan belanja tersebut ini bermakna wang rakyat telah dinafikan haknya dan masuk poket MB ini. Rakyat yang mengajikan MB ini dan bukan MB yang mengajikan masyarakat. MB ini dibiayai pelajaranya oleh wang rakyat, Mahasiswa dibiayai oleh wang rakyat dan bukan wang dari gaji MB. Jadi mahasiswa punya hak untuk menonjolkan idealisma masyarakat, mahasiswa punya hak untuk terlibat sama selagi tiada bantahan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu MB atau KM tiada hak menarik balik biasiswa dan pijaman tersebut dan sekiara ia ada hak maka mahasiswa punya hak mempertahankan haknya dan masyarakat punya hak untuk tidak membayar cukai dan punya hak untuk meminta agar MB tidak dibayar gaji menggunakan wang rakyat dan sekiranya ia mahu biarlah ia turut sama masuk bendang dan kebun. Macam MB nak ke?... turun bendang dan digigit lintah semata-mata mahu mengisi perut atau tidak dan mengaharapkan wang rakyat mengisi perut MB....

Insya Allah kita akan sambung lagi...

 

Sekian. wassalam

MADZANI NUSA