Make your own free website on Tripod.com

MADZANI MENULIS (5)

 

Assalamualaikum

 

Kali ini apa yang dibicarakan bukanlah satu perbicaraan yang baru tetapi ia adalah satu isu yang telah hangat diperkatakan pada tika ini (24 Sept 1998), iaitu isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat semua jawatan dan dituduh melakukan pelbagai kes termasuklah skandal Seks, Liwat dan Rasuah. Bukanlah menjadi hak saya untuk terus mempertahankan Anwar dan mempersalahkan sesiapa sahaja. Ini adalah pandangan peribadi didasari dengan pembacaan, pengalaman, dan penafsiran yang mungkin agak begitu cetek dengan politik. Namun cukuplah untuk membuat penafsiran peribadi tentang isu ini.

Sejak Anwar dipecat pada awal September 1998 atau lebih tepat pada 2 September 1998, saya dan rakan-rakan sepengajian terkejut dengan berita ini. Selalunya hal politik hangat dibicarakan oleh pensyarah saya dan begitu kritis. Namun, kuliah telah tamat dan sekarang adalah menumpukan pada pelajaran. Perbincangan adalah bersifat kelompok sahaja iaitu pelajar dan pelajar. Apa yang memeranjatkan ialah pelucutannya adalah tidak diduga sama sekali dan tuduhan yang dilemparkan begitu berat untuk diterima oleh akal yang waras berdasarkan peribadi beliau yang begitu mengkagumkan. Anwar bolehlah antara pemimpin yang begitu berkarisma dalam kepimpinan dan ucapannya penuh berisi dan bersemangat. Seorang rakan yang mendengar dua tokoh memberikan ceramah pada 31 Ogos 1998 di Universiti Malaya begitu bersemangat apabila mendengar ceramah beliau (dua tokoh itu ialah Anwar dan Najib) dengan membandingkan antara dua tokoh ini, dia menyatakan Anwar memang seorang yang punya daya tarikan ucapan yang tidak boleh ditandingi malah oleh Datuk Seri Dr. Mahathir sekalipun.... kita tinggalkan sejenak...

Kali ini tujuan saya menulis adalh untuk menerangkan sebuah buku yang hampir boleh dirujuk dan dibaca sebagai bahan bacaan saat ini sebagai perbandingan peristiwa. Buku tersebut ialah tulisan Yusuf Harun, Dialog Dengan Pemimpin, Penerbitan Pena, Kuala Lumpur, 1986.Mungkin ramai yang mempertikaikan buku ini apatah lagi buku ini telah ketinggalan apabila membicarakan tentang Anwar yang sedang hangat diperkatakan. Pada saya aspek sejarah dan konsepnya amat penting dan ia seolah-olah mempunyai kaitan dengan kes Anwar ini. Buku ini membicarakan beberapa tokoh dan temubual penulis dengan tokoh-tokoh ini. Antara tajuk yang amat menarik ialah di Bab 2, Bab 4, Bab 6. Sekiranya kita membaca Bab 2 pastinya kita akan dapat menyamakan kes Anwar sama dengan Kes Datuk Haji Harun Idris dan bagaimana ia dijatuhkan dan ini ditambah lagi dengan kenyataan Datu Senu "Maka mereka mencari jalan apa jua untuk memburuk-burukkan beliau. dituduh Datuk harun menggunakan wang Bank Rakyat..... dikorek segala macam. Kepada saya dari segi undang-undang memang boleh diambil tindakan tapi disogok oleh usaha-usaha untuk emncemarkan Datuk harun, Nak rosakkan nama beliau kerana mereka tahu dia kan menjadi Perdana Menteri kelak". (ms 83). dalam kes inilah ia dikaitkan dengan merosakkan dahulu nama pemimpin itu baru puas hati mereka. dalam kes Anwar, Anwar dituduh melakukan Seks dan Liwat malah dengan Bekas pemandunya yang menafikan tuduhan tersebut, dengan adik angkatnya , Sukma dan penulis ucapannya, Dr. Munawar. Adalah seolah kes ini menyerupai kes Datuk Harun. Selain itu diperlihatkan juga perilaku Perdana Menteri dan menteri-menteri yang dikatakan gilakan kuasa untuk memerintah.

Dalam bab 6 pula diceritakan temu bual antara penulis dengan Marina Yusuf yang baru-baru ini keluar dari UMNO kerana tidak tahan dengan peristiwa cantas-mencantas ini dan memburukkan pemimpin seperti Anwar. Marina bukanlah seorang yang baru dalam hal politik malah ramai yang kagum dengan dirinya kerana ia adalah peguam, hakim dan tokoh politik yang terkenal pada zamannya. Dan sekarang menyatakan sokongannya kepada Anwar. Dalam petikan temuramahnya dengan penulis Marina menyatakan tentang kesnya membela Datuk Harun " Tiada siapapun yang sanggup membawa kesnya kerana pada pamas itu kalau hendak menyebut Nama Datuk Harun p0un ada yang kena...... sampai begitu sekali orang takut hendak menyebut Datuk Harun, jauh sekalilah yang hendak membela kesnya..... berjaya tek berjaya tak kiralah tapi kes ini mesti dibawa ke mahkamah supaya rakyat jelata tahu apa yang berlaku di bel;akang tabir" (ms 215). sekiranya kita fikirkan ada benarnya peristiwa it dengan peristiwa sekarang apabila Anwar ditangkap beberapa orang yang menyokongny aakan ditangkap dan tiada siapa yang berani menyuarakan kebenaran dan keadilan dikalangan MT UMNO kerana mereka juga mencari makan melalui UMNO dan ketakutan yang amat sangat terhadap pihak yang terlibat malah mungkin melibatkan pemimpin pertama negara. Sekiranya menyebut nama Datuk Harun pun takut ini kan pula masa Anwar. Namun kejatuhan Datuk Harun semasa Tun Hussein Onn ia taklah teruk sangat apabila akhbar masih bebas untuk membuat kenyataan dan tanpa 'diplaydownkan'. Tapi bagimana pula kesnya dengan Anwar. Datuk Nazri, Johar Johari dan Yunus dihenttikan daripada mengetuai bidang media yang dikatakan terlalu terbuka dan bebas membiarkan akhbar bebas memberikan liputan dan kadang kala menjejaskan seorang pemimpin. Ketua ini diberhentikan apabila kes KLIA tercetus... adakah ini benar atau ada diseblik perancangan yang amat teliti seperti mana yang etrjadi kepada Datuk Harun sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Senu.

Sekiranya kita perhatinak Dr. Mahathir bukanlah pepimpin yang 'semuanya baik' sekiranya kita perhatikan kenyataan Marina di ms 218 dan 219 pastinya kita terkejut dengan kanyataan ini. Untuk perhatian pembaca buku ini ditulis pada 1986 dan bukannya pada 1998. sekiranya dari dahulu lagi Marina telah melihat hal ini apatah lagi sekarang. bagitu juga dengan yang lain seperti Yusuf Harun. Seharusnya buku ini akan dibaca dengan lebih mendalam lagi dan ditafsirkan dengan mendalam agar ia akan dapat menerangkan serba sedikit tentang kes Anwar ini.... Insya Allah saya akan sambung lagi

 

Wassalam

Madzani Nusa
Tim. Pres. PKPMS
Sabah

 


 

Madzani Site