Make your own free website on Tripod.com

MADZANI MENULIS (9)

 

Assalamualaikum

Berita pada 26 Sept telah memperlihatkan ucapan PM pada sidang media. Kelihatan ia agak begitu malu dengan persoalan yang menjurus kepada DS Anwar. PM telah bertindak jauh dari apa yang ada dan agak sukar untuknya menarik balik segala keputusan ini dan ini akan mengheret PM kekancah yang makin tidak diingini malah kepercayaan masyaraat kepada PM telah mula luntur. Namun, sekali lagi kita dipertontonkan oleh peranan Media yang menutup segala ini. Selain itu wawancara juga telah diadakan untuk menjelaskan tentang PR DS Anwar dengan Media dan dikatakan ia sebagai persediaan Anwar untuk hal-hal seperti ini. Sungguh memualkan wawancara ini kerana ia seolah-olah Anwar mempunyai pakatan dengan Media Asing. sekiranya kita melihat perkembangan sepanjang DS menjadi TPM ia telah menjadi sasaran untuk diadu dombakan dengan PM. Dan ini menyebabkan pelbagai penafian dilakukan oleh beliau. Namun wawancara ini juga telah memperlihatkan taring sebenar PM iaitu tamakkan kuasa dan pengaruh. Wawacara ini menjelaskan bahawa DSA labih dikenali diperingkat dunia berbanding PM dan DSA dipandang maat baik di mata dunia dan sering menonjolkan dirinya diperingkat forum-forum antarabangsa. Semua ini memperlihatkan lagi apabila DSA pernah disambut dengan 21 Das tembakan Meriam dan berjalan diatas permaidani merah ketika melawat Amerika Syarikat yang sebelum ini negara tersebut tidak pernah melakukan perkara itu terhadap PM dan YDPA sendiri malah YDPA hanya ditembakkan tiga das sahaja dan PM tiada das. Amat jelas DSA lebih disukai dunia berbanding PM dan ini kelihatan telah menunjukan iri hati PM dan perancangan DSA terhadap Presiden UMNO pada tahun depan merisaukannya.

Juga diperlihatkan Ketua Hakim Negara yang mengulas tentang penangkapan dan akta ISA. Hal ini telah menjadi isu hangat kerana KHN pernah ditafsirkan telah disiasat oleh BPR semasa DSA menjadi TPM selain itu KPN (ketua Polis Negara) juga telah disiasat bersama. Media barat pula dalam kenyataannya kepada KHN dan PM tel;ah membantah tentang ISA ini dan mereka menunjukkan tiadanya kebebasan di negara ini. Datuk Abdullah Ahmad Badawi pula mengulas tentang ISA ketika menjawab tentang ISA oleh pemimpin negara luar. Satu kejanggalan apabila dinyatakan bahawa DSA lebih menonjol di peringkat dunia berbanding menteri lain. Satu persoalan utama ialah, Malaysia mempunyai Menteri Luar Negara dan sepatutnya menteri ini yang lebih terkenal diperingkat dunia berbanding TPM yang cuma memegang Kementerian Kewangan. Ini mermakna TPM lebih menjalankan tugasnya dan tiada masa untuk menghabiskan masanya dengan hal-hal yang tidak senonoh. Manakala Menteri Luar pula kelihatan sambil lewa dengan hal ini dan menonjolkan ia tidak melakukan kerjanya dengan baik hinggakan negara di dunia tidak melihat dia sebagai orang yang perlu terlibat dalam forum antarabangsa berbanding DSA.

 

Insya Allah kita akan sambung lagi...

 

Sekian. wassalam

MADZANI NUSA