Make your own free website on Tripod.com

PENDAPAT

 

DIALOG BERSAMA PROFESOR SERBA TAHU
(ISU PEMECATAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM)

Berikut adalah dialog di antara wartawan keadilan bersama Prof. SERBA TAHU yang terkenal di tanah air kita. Mari kita sama-sama ikuti dialog sensasi tahun ini.


W : Apa khabar Prof.?

Prof. : Khabar sihat sahaja, cuma otak agak pening memikirkan persekitaran yang berlaku sekarang ini. Banyak perkara yang membingungkan dan ‘luar biasa’.

W : Prof., apa rahsia di sebalik pemecatan Anwar oleh Mahathir?

Prof. : Mudah sahaja. Anwar banyak kelebihan berbanding Mahathir.

W : Maksud Prof?

Prof. : Ye lah…Anwar ‘popular’ di kalangan generasi ketiga iaitu sebayanya dan golongan belia serta pelajar dan mungkin kanak-kanak. Anwar punya sokongan pelbagai peringkat rakyat, bawahan, pertengahan dan atasan, golongan petani, buruh, guru, pelajar, cendekiawan, ulamak dan pakar ekonomi. Mahathir pun punya sokongan, tetapi semakin ‘pudar’ akibat sikapnya.

W : Maksud Prof. Anwar tidak bersalah ?

Prof. : Banyak muslihat di sebalik pemecatan Anwar. Rakyat pun boleh faham…. Imej Anwar yang baik cuba diburukkan dengan pelbagai tuduhan yang ‘tak masuk akal’. Cara pemecatan pun kita boleh pertikaikan. Tuduhan amat melampau!

W : Prof. Percaya berlakunya konspirasi politik seperti dakwaan Anwar?

Prof. : Mungkin!! Banyak sebab dan alasan boleh kita beri. Ikuti kronologi peristiwa pemecatan Anwar. Banyak yang luar biasa dan seperti dirancang. Kalau Anwar bersalah, bicaralah di mahkamah dan tidak perlulah gunakan media untuk dakwa beliau dan buruk-buruk beliau. Di situ aje dah nampak ‘tak adil’ dan semacam ada pakatan dari pelbagai peringkat dan pihak.

W : Maknanya instrumen kerajaan digunakan untuk memburukkan Anwar dan berlaku penyalahgunaan kuasa?

Prof. : Mungkin!! Kerana kuasa berada di tangan PM.

W : Maksud Prof.?

Prof. : Cuba kaji, siapa yang paling berkuasa di Malaysia sekarang ini. Jikalau kerajaan Melayu Melaka, Sultan adalah yang paling berkuasa dan agihan kuasa kepada Bendahara , Temenggung dan Penghulu Bendahari serta para pegawai lainnya. Kini, di Malaysia tidak seperti itu!!! Agung boleh dipertikai kuasanya. Dan Mamak Bendahara Malaysialah yang paling berkuasa dengan kuasa Temenggung, Penghulu Bendahari di tangannya.

W : Tak faham, jelaskan…

Prof. : Macam ni…..PM kitalah paling berkuasa dengan jawatan Menteri Dalam Negeri mempengaruhi polis dan tentera sama dengan Temenggung dan Laksamana. Menteri Kewangan 1 sama dengan Penghulu Bendahari yang menjaga harta negara. Bukan setakat itu sahaja….beliau pun nampaknya ada tokoh sebagai ‘hakim’ besar dan ‘ulamak’ besar yang fatwanya mesti diikuti dan dipatuhi.

W : Prof. Ni ‘berat sebelah’ dalam menilai PM.

Prof : Tidak, Ini satu kenyataan dan awak boleh kaji sendiri. Rakyat boleh kaji sendiri.

W : Prof. , Mengapa PM nak sangat pecat Anwar?

Prof : Bukan sahaja PM, malah kuncu-kuncu yang ada kepentingan bersamanya nakkan Anwar ‘tersungkur’ dan imej bersihnya terus diburukkan dari pandangan rakyat. Kita kenal Anwar…dari zaman pelajarnya sehingga belia dan zaman politiknya. Apa perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau? Cukup banyak….
PM dan kuncu-kuncunya ‘takut’ jadi macam Suharto!!! Selepas jatuh, keburukannya terserlah. Ini mungkin ada pada PM.

W : Mengapa Prof cakap macam tu?

Prof : PM dan ‘tenteranya’ gunakan pelbagai cara nak burukkan Anwar, melalui surat khabar, TV dan sebagainya. Ada tak peluang Anwar nak balas balik dan ‘jawab’…tak ada peluang… nampaklah Anwar yang salah….PM dan menteri tertentu tak ada salah ke?…. Ini perlu Suara Keadilan dapatkan maklumat!!!

W : Prof. Yakin Anwar tak bersalah?

Prof. : Secara peribadi, tidak!! Anwar dah bersumpah dengan nama Allah di Johor dan di Masjid Negara. Prof. Sebagai orang Islam yakin sumpah itu.

W : Pada pendapat Prof, ramai ke menteri yang sokong Anwar?

Prof. : Ramai yang simpati dan sokong dari belakang. Ada yang ‘takut’ periuk nasi hilang dan ada juga yang bacul !!! Tapi saya yakin ramai yang ‘tidak setuju’ dengan PM sekarang!!

W : Buktinya….

Prof : Tak ramai yang nak komen isu ini…kalau ada pun orang yang sama setiap hari dan kita kenal mereka ada ‘kepentingan’.

W : Mengapa pelajar ‘diancam’ oleh kerajaan dan penaja, jikalau menyertai gerakan keadilan ini ?

Prof. : Mereka ‘takut’ dengan pelajar. Alasan suruh tumpu pelajaran bukan alasan sebenar, tetapi ‘takut’ adalah alasan sebenar.

W : Pendapat Prof. Tentang gerakan Reformasi?

Prof : Dah lama orang inginkan reformasi. Anwar dah buat reformasi dalam kerajaan. Tak ada siapa yang boleh sangkal. Reformasi lebih besar belum sempat dilakukan ‘kerana’ ada yang takut dengan reformasi besar. Reformasi bermakna perubahan ke arah kebaikan. Siapa yang melakukan, kita patut sokong…

W : Komen Prof. Tentang penangkapan pemimpin ABIM dan lain-lain dengan ISA?

Prof. : Mereka tak bersalah…gerakan ABIM yang membawa kebaikan kepada masyarakat dan dekat dengan rakyatlah yang mereka takut!!.Kadang-kadang ada YB yang tak kenal rakyat pun. Tapi mereka inilah menjadi ‘wira’ konon pembela rakyat. Mahasiswa pun ditangkap tanpa keadilan. ISA adalah senjata PM untuk keselamatannya dan bukan semata-mata keselamatan negara.

W : Bilakah semua ini akan berakhir?

Prof : Rakyat perlu sedar dan perlu buat sesuatu. Tegakkan yang hak dan buang yang batil. Pelbagai pihak perlu tampil untuk menjelaskan kebenaran yang berlaku. Tindakan PAS dan badan bukan kerajaan seperti ABIM, TERAS, SUARAM, DAP dan yang lain yang menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK) adalah amat baik dan satu tindakan yang bijak. Rakyat perlu kita dekati kerana mereka perlu memahami masalah yang berlaku, kepincangan pimpinan kita terutama PM dan kuncu-kuncunya, penyelewengan terhadap duit rakyat oleh kerajaan dan banyak lagi. Peristiwa keadilan terhadap Anwar dan kisah Anwar yang sebenar perlu diperjelaskan kepada rakyat. Mereka kekadang ‘termakan’ juga dengan fitnah dan bukti rekaan dan penjelasan palsu yang sering dipancarkan di televisyen tempatan.

W : Tapi prof, kenapa penjelasan yang sama diberikan kepada kita oleh PM t582*1erhadap kes Anwar, tetapi kita boleh menolak ‘mentah-mentah’ jawapan PM?

Prof : Tidak semua orang kita macam tu. Tidak semua orang bandar tolak mentah-mentah. Dan tidak juga semua orang kampung terima mentah-mentah. Manusia punya naluri dan hati kecil. Naluri dan hati kecil sukar menerima kebenaran dakwaan PM dan kuncu-kuncunya. Memang sukar!!!
Satu lagi, kekadang orang-orang tua (yang berpendidikan rendah) tidak faham bahasa Inggeris. PM kita selalu menjawab persoalan yang kontroversi dalam bahasa Inggeris, sebab apa? Haa…sebabnya ialah supaya orang tua dan rakyat tadi tak faham….dan kekadang jawapan PM pun ‘jawapan bodoh’ yang boleh ditolak rakyat mentah-mentah.

W : Prof tahu ke kepincangan PM?


Prof : Banyak…..kalau nak sebut akan memalukan kita orang Melayu. PM terlibat dalam konspirasi politik menjatuhkan Anwar. PM guna kuasa

 

Sambung nanti.....

 

Wassalam.

 

SRamleeSPBM


BALIK